PETUA HILANGKAN BAU KETIAK

Ni saya nak cakap kat korang yang ada masalah ketiak berbau (busuk) jer. Yang ketiak korang bau wangi takyahlar buang masa nak baca…. wokey?

Saya ni memang ‘bercinta’ kalau duduk…tak kiralah kat sebelah betina atau jantan yang ketiak (aka badan) yang berbau (busuk).

Bayangkanlah kalau korang naik bas ker ‘train’ dan terduduk kat bawah ketiak orang. Dan lagi satu kalau korang ada pasangan yang bermasalah sama….. sure potong stim korang jer kan?

So, kat bawah ni saya nak cakap macam mana korang nak buat/guna deodorant yang bukan saja paling murah tapi paling berkesan di dunia.

Deodorant yang melambak dijual kat kedai tu….. mengarut….. silap-silap haribulan ketiak korang pun bleh lebam dan hitam macam bontot kuali dapur kayu. Sebab dah hitam tu….. makanya ada orang tak cukur bulu ketiak….. takut nampak hitam bile dah cukur…..

Kalau cara semulajadi yang saya ajar ini tak menjadi, korang boleh maki kat saya….. no pobelemo.

Baik begini cara ;

  1. Korang kena pergi kedai beli limau nipis (kalau limau purut pun wokey). Yang dah ada pokok kat belakang rumah tu….. lagi bagus 100% jimat.
  2. Korang potong dua limau nipis tu guna pisau….. bukan guna gigi.
  3. Korang bawak masuk bilik mandi dan bukalah baju. Yang nak bogel tu….. terpulang.
  4. Tenyehlar limau tu kat ketiak korang sampai limau tu jadi nipis. Yang tak biasa mungkin rasa tak selesa dan pedih….. tapi kena tahan jer lar sikit.
  5. Bahagian yang kena tenyeh tu akan jadi merah-merah dan korang biarkanlah beberapa minit. Paling senang korang gosok gigi lar.
  6. Lepas tu korang mandi macam biasa….. dan yang nak pakai sabun shokubutsutu pakai jer la.
  7. Lepas mandi keringkanlah badan korang macam biasa.
  8. Korang pergi depan cermin dan luruskan dua-dua tangan ke atas, lepas tu ciumlah ketiak korang. Sure baunya menyelerakan ops menyegarkan.
  9. Amalkan seminggu 2 kali wokey, dan bagi yang memang species berbau tu kenalah tiap-tiap hari hingga hilang bau.


sekian.

Cara ni bukan setakat kat ketiak, tapi mana-mana bahagian badan pun bleh, takder haram pun. Bagi ketiak korang yang dah lebam dan hitam tu, kenalah tambah kapur sirih secukup rasa masa tenyeh limau nipis tu….. tapi take time gak dia nak cerah.

Selamat mencuba menery mengetest.

Leave a comment »

Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak

Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu.semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.

Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.

Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork.

Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).

Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;

  • 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
  • 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
  • 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.

Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;

  • 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
  • 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

Ini Daun Semambu


Daun Semambu Sebagai Alas Tempat Tidur

Daun Semambu Di dalam Tub Mandi

Leave a comment »

PETUA UTK MENDAPATKAN ANAK LELAKI

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin

sepenuhnyakeberhasilannya.Mungkin dengan izin Allah s.w.t.

anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

  • 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).
  • 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
  • 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  • 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
  • 5. Jangan adakan seks 3~4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

Leave a comment »

Proton Exora Prime

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Proton Exora Prime car @ auto world show

Leave a comment »